Kencing manis (diabetes)
Apabila terdapat gula didalam air kencing, cara untuk menguji sama ada kandungan gula dalam air kencing kita mesti mengunakan Glucose teststrip atau Benedict solution. Perubahan warna pada campuran air kencing apabila menjalani ujian ini menunjukan tahap kencing manis seseorang pesakit. Warna yang ditunjukan ialah seperti dibawah:
Biru : biasa
Hijau: kandungan 50mg glucose
Kuning: kandungan 150mg glucose
Oren: kandungan 500mg glucose
Merah: kandungan 1000mg glucose
Gejala-gejala penyakit ini adalah seperti kencing kerap terutama diwaktu malam, terasa telalu dahaga, tekak kering, nafsu makan kuat, berat badan menurun, sengal-sengal badan, sembelit, lemah tenaga batin. Sebab-sebabnya ialah pesakit sebelum mengidap penyakit ini terlalu mengamalkan makanan yang manis, kuat makan dan kurang melakukan senaman atau mengerakan badan. Tetapi bukanlah perkara diatas sahaja yang menyebabkan seseorang itu mengidap penyakit kencing manis, faktor keturunan juga adalah salah satu penyebab penyakit ini.
Apabila seseorang mengidap penyakit ini, pankreasnya tidak dapat mengeluarkan hormone insulin dengan sempurna. Insulin merupakan bahan yang penting untuk proses metabolism kabohidrat kepada gula dan menjadi tenaga kepada tubuh badan manusia. Inilah punca-punca yang menyebabkan penyakit kencing manis.
Orang-orang yang menghidap penyakit ini akan menimbulkan kompilasi-kompilasi seperti kulit kering dan mudah menjadi bisul (carbuncle), lidah merah, putih dan berkilat, gusi berdarah dan gatal-gatal dibadan dan kemaluan.
Antara gejala-gejalanya adalah:
· Pesakit mengalami kudis atau luka yang sukar untuk sembuh sehingga terpaksa memotong bahagian tersebut.
· Pesakit mengalami bias-bisa pada badan.
· Kencing manis berkaitan system saraf, kencing berkeledak dan seperti susu, kencing kerap sebelah malam dan keluar air mani ketika kencing.
· Sangat dahaga, lidah perit, sembelit, salah cerna dan badan lemah.
· Pesakit mengandugi banyaj acid uric dalam badan.
· Kerap rasa hendak kencing, kencing berkeleladak bewarna merah, tidak boleh menahan kencing.
· Sakit kencing manis disertai dengan busung.
· Rasa panas ketika kencing.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar